jump to navigation

JADUAL MUKTAMAR PAS PUSAT May 25, 2009

Posted by rokokdaun in Politik.
add a comment

JADUAL MUKTAMAR PAS PUSAT

Muktamar PAS Dewan Ulamak Kali ke-48

Tarikh : 10 Jamadil-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)

Tempat : Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam Selangor Darul Ehsan

Muktamar PAS Dewan Pemuda Kali ke-50

Tarikh : 10 Jamadil-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)

Tempat : Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, Gombak Selangor Darul Ehsan

Muktamar PAS Dewan Muslimat Kali ke-49

Tarikh : 10 Jamadil-Akhir 1430 / 4 Jun 2009 (Khamis)

Tempat : Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Muktamar Penuh PAS Kali ke-55

Tarikh : 11,12 dan 13 Jamadil-Akhir 1430 / 5, 6 dan 7 Jun 2009

Tempat : Stadium Malawati Shah Alam Selangor Darul Ehsan

PRK KT P.36 January 15, 2009

Posted by rokokdaun in Politik.
add a comment

wahid_poster2

Analisis: Hubungan BN dengan Istana Terengganu kian tegang March 24, 2008

Posted by rokokdaun in Politik.
6 comments

JIKA majlis angkat sumpah menteri besar Terengganu dipulaukan oleh semua wakil rakyat BN esok, parti itu kini berdepan dengan tanggapan umum bahawa ia sengaja mencipta masalah dengan istana – sekali gus melanjutkan krisis sejak tamatnya pilihanraya umum 8 Mac.

Hari ini, selepas keadaan tidak pasti selama 14 hari tanpa calon menteri besar, istana melantik wakil rakyat Kijal Datuk Ahmad Said (foto) menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

Majlis angkat sumpah dijadual pagi esok di Istana Tamu, Kuala Terengganu.

Namun 23 lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan diketuai oleh setiausaha badan perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid mengisytiharkan secara terbuka untuk memulaukan majlis tersebut.

Usaha ini kelihatan sudah dirancang lebih awal apabila sumber-sumber Umno negeri memberitahu Malaysiakini kelmarin, Idris yang juga pengerusi BN negeri meminta semua Adun – kecuali Ahmad – menurunkan tandatangan sokongan kepadanya.

Sumber itu juga tidak senang apabila Idris membuat kenyataan menyeru rakyat Terengganu agar bertenang sementara menunggu menteri besar baru dilantik.

Idris seolah-olah memberi gambaran rakyat masih bersamanya, kata sumber itu lagi.

Sumber-sumber Umno itu bimbang penduduk akan memandang serong kepada Umno dan membawa kesan politik yang negatif apabila parti itu dilihat cuba menentang istana.

Hari ini, sebelum sidang media Rosol, wakil-wakil rakyat BN bertemu Idris di kediaman rasmi menteri besar dan kemudian masing-masing menurunkan tandatangan sekali lagi bagi menyokong Idris untuk diserahkan kepada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) jam 9 pagi esok.

Tandatangan sokongan tadi kali ketiga dikeluarkan sejak krisis ini – satu kempen tandatangan sokongan wakil-wakil BN kepada Idris pernah diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pertemuan mereka Sabtu lepas.

Selain boikot, beberapa wakil BN bercadang meletakkan jawatan, kata Rosol lagi.

Menurutnya, mereka juga akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap menteri besar baru itu di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dua langkah ini satu ancaman keras kepada Ahmad dan boleh menggugat kestabilan politik negeri, khususnya hubungan antara BN dengan istana.

Kenyataan Rosol, yang dikatakan penyokong setia Idris, petang tadi mengulangi ugutan DAP memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin minggu lepas atas alasan parti itu menolak wakil rakyat PAS sebagai calon jawatan tersebut.

Kenyataan pemulauan tokoh utama DAP Lim Kit Siang itu telah menyebabkan istana Perak menangguhkan majlis itu dan mengesyorkan semua 31 wakil DAP, PKR dan PAS menandatangani persetujuan dengan calon menteri besar itu.

Suasana berkonflik di negeri pakatan tiga pembangkang utama itu kini telah selesai, seperti juga krisis pelantikan menteri besar Perlis – perebutan antara Datuk Seri Shahidan Kassim dengan penggantinya Datuk Dr Mat Isa Sabu.

Shahidan, yang terus-menerus mendakwa hingga saat akhir mendapat sokongan Perdana Menteri, tidak hadir di majlis angkat sumpah.

Kedua-dua kebingungan ini selesai dengan Shahidan dilaporkan menerima Isa demi kebaikan Umno dan BN di negeri itu, dan Lim pula memohon maaf kepada istana dan menghadap sendiri Pemangku Raja Perak selepas majlis angkat sumpah Mohamad Nizar.

Walaupun berita pelantikan Ahmad tidak begitu mengejutkan tetapi pemulauan majlis angkat sumpah esok benar-benar satu tamparan kepadanya dan sekali gus MPPR.

MPPR minggu lalu gagal mengadakan pertemuan di Putrajaya dengan wakil-wakil BN apabila majlis yang dijadual pada 11 pagi dibatalkan di saat-saat akhir. Dua puluh wakil parti itu kemudian mengadakan perjumpaan dengan Abdullah.

Di Terengganu pula, naik beberapa puluh sepanduk menyatakan sokongan kepada istana. Sepanduk yang memuatkan antaranya perkataan “Daulat Tunku” dan kesediaan rakyat bersama istana itu bagaimanapun diturunkan selepas dua jam kemudian.

Dalam satu kes kelmarin, polis berjaya menahan empat lelaki berusia 23 hingga 27 tahun kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu berhubung pelantikan menteri besar.

Kain rentang itu yang dirampas awal pagi itu antaranya bertulis “Daulat Tuanku Selamatkan Terengganu Darul Iman” serta “Daulat Tuanku, Rakyat Berdiri di Belakang DYMM Tuanku”.

Semalam ketua polis negeri Datuk Ayub Yaakob pula memberi amaran agar penduduk tidak menyebarkan SMS mengaitkan isu itu dengan pihak istana kerana bimbang ia menimbulkan keresahan dan kekeliruan rakyat, selain mencemarkan institusi diraja itu sendiri.

Dalam keadaan tidak pasti itu, Peguam Negara turut mengeluarkan kenyataan bahawa DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam isu tersebut.

Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan, Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dilarang terlibat dalam hal-ehwal pentadbiran negeri kecuali menyentuh kepentingan Islam.

Calon menteri besar bukanlah pilihan baginda, kata Abdul Gani lagi.

Malam ini, selepas melaporkan perkembangan istana telah melantik Ahmad sebagai menteri besar, tiba-tiba sebuah stesen televisyen swasta melaporkan, seorang ahli politik Terengganu kini sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek di Kijal.

Siapakah ahli politik Terengganu yang tidak disebutkan namanya dalam laporan TV3 itu tetapi disiasat BPR kerana projek-projek di Kijal?

Terkini: Setiausaha agung BN dan Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor lewat malam ini dilaporkan memberi amaran keras kepada Adun Kijal.

Datuk Ahmad Said akan dikenakan tindakan disiplin Umno dan “menanggung akibat” jika beliau tetap bersedia menerima pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan menteri besar esok, lapor Bernama.

Bagaimanapun, Tengku Adnan enggan mendedahkan apakah bentuk tindakan disiplin yang bakal dikenakan terhadap Ahmad.

Beliau menambah, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga presiden Umno, telah mengeluarkan surat sokongan kepada Datuk Seri Idris Jusoh sebagai menteri besar dan tidak wajar Ahmad menerima jawatan itu.

Sementara itu, Malaysiakini difahamkan ada pihak-pihak tertentu yang dekat dengan Umno bercadang mengadakan perhimpunan di sebuah hotel tidak jauh dari Istana Tamu.

Malaysiakini

Pak Leh Leni Tak Serupo Mulo March 2, 2008

Posted by rokokdaun in Politik.
add a comment

Iklan humor pilihan raya March 2, 2008

Posted by rokokdaun in Politik.
add a comment

18 Tahun Comel March 2, 2008

Posted by rokokdaun in Politik.
add a comment

TAWARAN BARISAN ALTERNATIF KEPADA RAKYAT TERENGGANU February 24, 2008

Posted by rokokdaun in Politik.
add a comment

RAKYAT UMUM

1.     Memartabatkan Negeri Terengganu sebagai Darul Iman

2.     Melaksanakan Enakmen-enakmen Syariah sejajar dengan perlembagaan Negeri Terengganu

3.     Menjamin pertumbuhan ekonomi dan pembangunan ekonomi Negeri Terengganu melalui Pelan Pembangunan Bersepadu Negeri Terengganu.

4.     Mendesak mahkamah menyelesaikan saman tuntutan royalti petroleum

5.     Menaikkan kadar bantuan kebajikan sehingga melepasi paras kemiskinan

6.     Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu dalam semua sektor ekonomi (pertanian, perlombongan, pembalakan, industri dan sektor perkhidmatan)

7.     Menjamin bantuan kebajikan kepada fakir miskin tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

8.     Pengecualian cukai pintu rumah kediaman dan membatalkan tunggakan

9.     Memajukan sektor pelancongan dengan memastikan tidak membawa faktor-faktor negatif kepada Negeri Terengganu

10.  Menghapuskan sewa meter tempat letak kereta pada hari Jumaat dan Sabtu

11.  Menghapuskan sewa meter air

12.  Mempertingkatkan pembangunan ekonomi negeri berasaskan sumber asli (mineral, perkayuan dan air).

13.  Memastikan pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Daerah / Perbandaran) cekap dan berkesan.

14.  Memperluaskan dan memperkemaskan Institusi Baitulmal dan urusan kewangan Islam

15.  Memperkasakan Tabung Darul Iman untuk kebajikan rakyat Negeri Terengganu

16.  Membuka semula Pusat Perubatan Islam Darul Iman dan Pusat Pemulihan Dadah (KESIHAT)

17.  Mewujudkan syarikat Takaful Kerajaan Negeri dan Takaful Kafalah

18.  Mengawal dan menghadkan pekerja asing dan memberi keutamaan kepada rakyat tempatan

19.  Menyediakan Dana Khas untuk pinjaman perumahan rakyat dan pemberian rumah untuk rakyat termiskin

20.  Pemberian tanah akan diteruskan tanpa diskriminasi. Tanah yang telah diluluskan semasa pemerintahan PAS (1999-2004) dijamin akan diberi / diganti semula

21.  Menjamin setiap keluarga memiliki tapak (tanah) kediaman sendiri. Kelulusan tanah disertai dengan pemberian geran kekal

22.  Memberi elaun Khas kepada Hafiz Quran, guru Quran dan guru agama.

KAKITANGAN AWAM

1.     Perkhidmatan kerajaan yang professional, telus dan mesra rakyat, tanpa tekanan politik – tiada akujanji dan pengintipan. (CCTV dihapuskan)

2.     Bonus, tuntutan dan elaun kerja lebih masa pegawai dan kakitangan kerajaan dijamin

3.     Perkhidmatan Imam dan bilal masjid dijadikan jawatan tetap dan bergaji

4.     Mengaktifkan skim pinjaman Al-Qardul Hassan (rumah, kenderaan dan komputer)

5.     Menjamin keselesaan dan ketenangan kepada semua penjawat awam.

PENIAGA DAN PENJAJA

1.     Mengekalkan Pasar Borong Gong Pauh dengan kemudahan yang mencukupi dan mewujudkan pasar-pasar borong di zon-zon yang sesuai

2.     Menambah kemudahan kewangan kepada peniaga kecil dalam bentuk Al-Qardul Al-Hasan

3.     Mewujudkan tapak pasar tani dan pasar malam kekal dengan segala kemudahannya

4.     Menjadikan pelancongan sebagai Industri Rakyat

5.     Menjamin setiap peniaga kecil dan sederhana mendapat tapak dan premis perniagaan yang bersesuaian

PETANI DAN NELAYAN

1.     Skim Kesejahteraan Masyarakat Nelayan

2.     Mengadakan industri makanan ternakan dan baja

3.     Meningkatkan pendapatan rakyat melalui Program Pertanian Bersepadu (Integrated Farming)

4.     Melaksanakan sepenuhnya program “Terengganu Halal Hub” sebagai pusat pengeluaran dan pemasaran produk halal serantau.

5.     Memperkasakan sektor pertanian dengan memperbaiki rangkaian pengeluaran dan pemasaran

6.     Menjamin hasil pertanian dan industri tani dapat dipasarkan

7.     Menjamin pengeluaran bekalan makanan yang berkesan bagi mengurangkan kenaikan harga barang melalui pembangunan Zon Pengeluaran Makanan.

BELIA , WANITA DAN PELAJAR

1.     Melantik Wanita sebagai ADUN sekiranya tiada wakil mereka dalam Dewan Undangan Negeri selaras dengan Perlembagaan Negeri pindaan 2003

2.     Memperkenalkan alternatif hiburan menerusi Akademi Hiburan Negeri Terengganu

3.     Tabung Belia Sejahtera untuk pembangunan belia niaga, industri, nelayan, tani dan perkahwinan.

4.     Kakitangan wanita yang menjaga anak sakit diberikan cuti tanpa rekod

5.     Menyediakan bantuan pendidikan melalui biasiswa, pinjaman tanpa faedah dan zakat.

6.     Mewujudkan semula Kolej Ugama Sultan Zainal Abdidin (KUSZA) sebagai Pusat Ilmu Islam Serantau dan menjamin pembangunan dan perkembangan institusi-institusi pendidikan di bawah Kerajaan Negeri

7.     Pendidikan akan dijadikan hak bagi setiap rakyat dan memastikan tiada.orang yang dinafikan pendidikan kerana kemiskinan.

8.     Menjamin pembangunan akhlak dan moral generasi muda melalui Pemuafakatan Kerajaan dengan NGO-NGO yang berkaitan

BUKAN ISLAM

1.     Melantik wakil bukan Islam sebagai ADUN sekiranya tiada wakil mereka dalam Dewan Undangan Negeri selaras dengan Perlembagaan Negeri pindaan 2003

2.     Menjamin kebebasan orang bukan Islam mengamalkan agama dan budaya masing-masing.

3.     Menjamin orang bukan Islam menikmati hak dan keadilan yang saksama

Masa Untuk Berubah February 23, 2008

Posted by rokokdaun in Politik.
add a comment

pr121.jpgcover_pru_ubah1.gif

Senarai Calon PAS Terengganu Pada P/raya Umum Ke-12 February 23, 2008

Posted by rokokdaun in Politik.
add a comment
pas.jpg
KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI:
N.01 Kuala Besut – Nik Muhammad Zawawi Salleh
N.02 Kota Putera – (Parti Keadilan Rakyat-PKR)*
N.03 Jertih – Muhammad Hassan Salleh
N.04 Hulu Besut – Mat Zin Hassan
N.05 Jabi – Dr Azman Ibrahim
N.06 Permaisuri – Wan Rahim Wan Hamzah (PKR)
N.07 Langkap – Tengku Ahmad Tengku Hussain
N.08 Batu Rakit – Samshudin Abdul Wahab
N.09 Tepoh – Abu Bakar Abdullah
N.10 Teluk Pasu – Ridzuan Hashim
N.11 Seberang Takir – (PKR)*
N.12 Bukit Tunggal – Dr Alias Razak
N.13 Wakaf Mempelam – Mohd Abdul Wahid Endut
N.14 Bandar – Dr Abdul Manaf Che Mat (PKR)
N.15 Ladang – Datuk Tengku Hassan Tengku Omar
N.16 Batu Burok – Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
N.17 Alor Limbat – Datuk Mustapha Ali
N.18 Bukit Payong – Mohd Nor Hamzah
N.19 Rhu Rendang – Datuk Seri Abdul Hadi Awang
N.20 Pengkalan Berangan – Mohd Deraman
N.21 Telemong – (PKR)*
N.22 Manir – Datuk Harun Taib
N.23 Kuala Berang – Muhyiddin Abdul Rashid
N.24 Ajil – Mohd Razki Alias
N.25 Bukit Besi – Nordin Othman
N.26 Rantau Abang – Azman Shapawi Abdul Rani
N.27 Sura – Wan Hassan Mohd Ramli
N.28 Paka – Satiful Bahri Mamat
N.29 Kemasik – Mohamad Mahadi Nawi
N.30 Kijal – Hazli Jusoh
N.31 Cukai – Hanafiah Mat
N.32 Air Puteh – Ismail Harun
PARLIMEN
P.033 Besut – Datuk Hussin Awang
P.034 Setiu – Mohd Pauzi Muda
P.035 Kuala Nerus – Mohd Shukrimun Shamsuddin
P.036 Kuala Terengganu – Mohamad Sabu
P.037 Marang – Datuk Seri Abdul Hadi Awang
P.038 Hulu Terengganu – Kamaruzaman Abdullah
P.039 Dungun – Shamsul Iskandar Yusri Mohd Akin (PKR)
P.040 Kemaman – Fariz Musa (PKR)
* nama calon tidak diberikan.

Deris Sokong Mak Nyah January 2, 2008

Posted by rokokdaun in Politik.
add a comment

Beginilah output daripada pemerintahan BN

maknyahmeningkat.jpg