jump to navigation

Wanita ciptaan istimewa December 31, 2007

Posted by rokokdaun in Wanita.
add a comment

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh   pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

Menikmati Kritik Dan Celaan December 31, 2007

Posted by rokokdaun in Agama.
add a comment
Kejernihan dan kekotoran hati seseorang akan nampak jelas tatkala dirinya ditimpa kritik, celaan, atau penghinaan orang lain. Bagi orang yang lemah akal dan imannya, nescaya akan mudah goyah dan resah. Ia akan sibuk menganiaya diri sendiri dengan menghabiskan waktu untuk memikirkan kemungkinan melakukan pembalasan. Mungkin dengan cara-cara mengorek-ngorek pula aib lawannya tersebut atau mencari dalil untuk membela diri, yang ternyata akhir dari perbuatannya tersebut hanya akan membuat dirinya semakin tenggelam dalam kesengsaraan batin dan kegelisahan.  
 
Persis seperti orang yang sedang duduk di sebuah kerusi sementara itu di bawahnya ada seekor ular berbisa yang hendak mematuk kakinya. Tiba-tiba datang beberapa orang yang memberitahu bahaya yang bakal mengancam dirinya itu. Yang seorang menyampaikannya dengan cara halus, sedangkan yang lainnya dengan cara kasar. Namun, apa yang terjadi? Setelah ia mendengar pemberitahuan itu, diambilnya sebuah pemukul, lalu dipukulkannya, bukan kepada ular namun kepada orang-orang yang memberitahu akan adanya bahaya tersebut.  
 
Lain halnya dengan orang yang memiliki kejernihan hati dan ketinggian akhlak. Ketika datang badai kritikan, celaan, serta penghinaan seberat atau sedahsyat manapun, dia tetap tegar, tak goyah sedikit pun. Malah ia justeru dapat menikmati kerana yakin betul bahawa semua musibah yang menimpanya tersebut semata-mata terjadi dengan izin Allah Azza wa Jalla. 
 
Allah Maha Mengetahui segala aib dan cela hambaNya dan Dia berkenan memberitahunya dengan cara apa saja dan melalui apa saja yang dikehendakiNya. Terkadang terbentuk nasihat yang halus, adakalanya melalui perbualan dan senda gurau seorang teman, bahkan tidak jarang berupa cacian teramat pedas dan menyakitkan. Ia pun dapat muncul melalui lisan seorang guru, ulama, orang tua, sahabat, adik, musuh, atau siapa sahaja. Terserah Allah.  
 
Jadi, kenapa kita harus menyusahkan diri membalas orang-orang yang menjadi jalan keuntungan bagi kita? Padahal seharusnya kita bersyukur dengan sebesar-besar kesyukuran kerana tanpa kita bayar atau kita member gaji mereka sudi meluangkan waktu memberitahu segala keburukkan dan aib yang mengancam amal-amal sholeh kita di akhirat kelak. 
 
Kerananya, jangan hairan jika kita saksikan orang-orang mulia dan ulama yang sholeh ketika dihina dan dicaci, sama sekali tidak menunjukkan perasaan sakit hati dan keresahan. Sebaliknya, mereka malahan bersikap penuh dengan kemuliaan, memaafkan dan bahkan mengirimkan hadiah sebagai tanda terima kasih atas pemberitahuan ehwal aib yang justeru tidak sempat terlihat oleh dirinya sendiri, tetapi dengan penuh kesungguhan telah disampaikan oleh orang-orang yang tidak menyukainya. 
 
Sahabat, bagi kita yang berlumuran dosa ini, haruslah senantiasa berwaspada terhadap pemberitahuan dari Allah yang setiap saat boleh hadir dengan berbagai bentuk. 
 
Ketahuilah, ada tiga bentuk sikap orang yang menyampaikan kritikan. Pertama, kritiknya benar dan caranya pun benar. Kedua, kritiknya benar, tetapi caranya menyakitkan. Dan ketiga, kritiknya tidak benar dan caranya pun menyakitkan.  
 
Bentuk kritik yang manapun datang kepada kita, semuanya menguntungkan. Sama sekali tidak menjatuhkan kemuliaan kita dihadapan sesiapapun, sekiranya sikap kita dalam menghadapinya penuh dengan kemuliaan sesuai dengan ketentuan Allah SWT. Kerana, sesungguhnya kemuliaan dan keredhaanNyalah yang menjadi penentu itu.  
 
Allah SWT berfirman, “Dan janganlah engkau berduka cita kerana perkataan mereka. Sesungguhnya kekuatan itu bagi Allah semuanya. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” QS. Yunus [10] : 65  
 
Ingatlah, walaupun bergabung jin dan manusia menghina kita, kalau Allah menghendaki kemuliaan kepada diri kita, maka tidak akan membuat diri kita menjadi jatuh ke lembah kehinaan. Apalah ertinya kekuatan sang makhluk dibandingkan Khaliknya? Manusia memang sering lupa bahawa Kudrat dan Iradat Allah itu berada di atas segalanya. Sehingga menjadi sombong dan takbur, seakan-akan dunia dan isinya ini berada dalam genggaman tangannya. Naudzubillaah!!!  
 
Padahal, Allah Azza wa Jalla telah berfirman, “Katakanlah, Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada orang Kau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Kau kehendaki. Engkau muliakan yang Kau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Kau Kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.” QS. Ali ‘Imran [3] : 26  
 
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
 
Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah

…Untitled December 31, 2007

Posted by rokokdaun in Agama.
add a comment

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu..

-Ibnu Qayyum

Lidah December 31, 2007

Posted by rokokdaun in Agama.
add a comment

Wahai anak ku ketahuilah lisan adalah satu pintu maksiat yang mebinasakan. Kerana itu Islam menyuruh kita berkata sesuatu yang baik untuk mengelak kerana lisan kita tidak selamat di akhirat kelak.

Anakku tersayang…
Apabila kamu ingin gerakkan lidah untuk berkata-kata fikirlah dahulu adakah memberi manfaat atau tidak ? Jika tidak mengundang manafaat ketahuilah diam itu lebih baik untuk mu. Lidah yang tidak bertulang ini senang sahaja bergerak untuk kebaikan dan sebaliknya, hati-hatilah anakku
‏عن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم جاره ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه
“Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya”
Menjadi seorang yang diam adalah perangai yang sangah payah untuk diamalkan dalam kehidupan seharian, manusia tidak mampu untuk mengawal dirinya dari berdiam diri. Kerana itu setiap yang terbit dari lisan manusia adalah gambaran dari hati mereka, apa yang diucapkan adalah yang terdapat dalam hatinya.
Ingatlah lisan adalah suatu nikmat yang Allah SWT annugerahkan kepada kita seperti firmannya :-
أَلَمْ نَجْعَل لَّهُ عَيْنَيْنِ
وَلِسَاناً وَشَفَتَيْنِ

“Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua buah mata,lidah dan dua buah bibir” (Al Balad: 8-9)

Wahai anakku ……

Kita wajib mensyukuri segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita dengan mensyukuri segala nikmat itu. Melakukan semua yang diperintah dan meninggalkan jauh-jauh sesuatu yang dilarang dan terlarang.

Semua kita akan dihisab di akhirat kelak tanpa ada suatupun yang dapat menghalangnya : Firman Allah SWT.

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (Al-Israa`:037)

Kita wajib mensyukuri nikmat Allah , kita wajib memuji Allah melalui lisan .Gunakanlah nikmat-nikmat tersebut dalam hal yang diperintahkan dan diridhai Allah serta meninggalkan hal-hal yang dilarang dan dimurkainya .

Karena sesungguhnya semua pasti akan dihisab sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 36 , ‘Sesungguhnya pendengaran,penglihatan, dan hati semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya’
Apabila seseorang berkata-kata yang tidak baik menurut syariat , maka hal itu adalah maksiat dan mengakibatkan turunnya keimanan.Semakin banyak maksiat semakin banyak pula turun imannya.
Anakku……
Dengan menjaga lisan menyebabkan seseorang mendapatkan ridha Allah dan masuk syurga , sebaliknya dengan tidak menjaga lisan dapat menyebabkan kemurkaan Allah dan masuk neraka . ingatlah akan pesan Rasulullah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, ‘Barangsiapa menjamin bagiku antara dua rahang (lisan) dan antara kedua kakinya (kemaluan), Aku menjamim baginya syurga ‘
Atau pada hadits yang lain, ‘Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan sesuatu ia tidak memikirkan(apakah baik atau buruk)lalu ia tergelincir ke dalam api neraka sejauh antara timur dan barat kerananya’(Muttafaq ‘alaih)
Betapa banyak orang menghindari dari makanan yang haram , berbuat zalim , berzina mencuri , minum arak , memandang pandangan yang diharamkan dan sebagainya tetapi sulit menjaga gerakan lisannya.
Demikian pula , betapa banyak orang demikian yang engkau lihat bahawa dia wara’ meninggalkan kekejian dan kezaliman, tetapi lisannya dibiarkan kesana kemari menodai kehormatan orang , baik masih hidup mahupun yang telah meninggal , tanpa mempedulikan kata-kata yang diucapkannya.
Anakku …….
Semoga Allah mencintaumu . Apabila engkau tidak boleh menjaga lisan,hal itu dapat menyebabkan retaknya ukhuwah Islamiyah . Karena ukhuwah Islamiyah merupakan gambaran kepada keimanan seseorang.
“Tidakkah kalian akan masuk syurga sampai kalian beriman dan tidaklah (sempurna)iman kalian sampai kalian cinta mencintai,maukah aku beritahukan kepada kalian suatu perbuatan yang jika kalian melakukannya niscaya kalian akan saling cinta mencintai, iaitu sebarkanlah salam diantara kalian. “ (HR.Muslim , Abu Daud , Ibnu majah dan Imam Ahmad)
Ukhuwah Islamiyah merupakan salah satu nikmat Allah yang wajib kita syukuri.Banyak cara untuk mensyukuri nikmat ukhuwah , yaitu dengan menyebarkan salam kepada sesama muslim(baik kenal ataupun tidak), mengunjungi , saling memberi hadiah , dan lain-lain .
Jaga persaudaraan dan jauhi hal-hal yang dapat meretakkan ukuwah dan menyebabkan permusuhan , seperti memperolok-olok yang buruk , mencari-cari kesalahan orang lain , ghibah , mengadu domba.
“Tidaklah dua orang saling menyayangi di jalann Allah lalu dipisahkan antara keduanya melainkan disebabkan dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya. ” (HR.Bukhari)
Anakku…
Terakhir aku sampaikan kepadamu bahwa masalah lisanmu ada dua bahaya yang sangat besar . Apabila selamat dari salahsatunya belum tentu selamat dari lainnya , yaitu bahaya berbicara dan bahaya diam .
Orang yang diam dari berbicara dan haq (kebenaran)berarti dia adalah syaithan yang bisu dan bermaksiat kepada Allah , sedangkan orang yang berbicara dengan kebatilan maka berarti dia adalah syaithan yang berbicara , bermaksiat kepada Allah pula .
Semoga Allah sentiasa menjaga lisan kita ….aamin
Dipetik dari Cina Islam 

Antara Sabar dan Syukur December 30, 2007

Posted by rokokdaun in Agama.
add a comment


Suatu hari wali Allah Ibrahim bin Adham melalui suatu majlis keramaian dengan keseronokan dan riuh rendah lalu beliau mengatakan inilah orang-orang yang tidak bersyukur.

Pada masa yang lain beliau melalui satu rumah yang ada kematian dengan kedengaran tangisan menanda kesedihan yang amat sangat dengan perginya orang tersayang. Lalu beliau mengatakan inilah orang-orang yang tidak bersabar.

Antara syukur dan sabar adalah dua akhlak mahmudah yang sangat dituntut oleh Islam. Apalagi setiap pejuang Islam mestilah memiliki kedua sifat ini dalam menempuh liku-liku perjuangan yang penuh onak dan duri ini. Seorang pejuang yang telah memiliki dua sifat ini pasti akan menempuh liku-liku perjuangan dengan satu keyakinan, yakni kemenangan yang hakiki hanyalah ketentuan dari Allah SWT. Kalah di dunia tidak bermaksud kalah di sisi Allah.
Firman Allah SWT :-

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al Baqarah : 155)
Sifat orang yang beriman setelah ia menerima musibah ialah ia akan sentiasa sabar dan menganggapnya sebagai satu ujian dari Allah SWT. Apa lagi menjadi orang yang keluah kesah atau dalam bahasa biasa menjadi kelam kelabut, adalah jauh sekali. Sikap tenang dan sabar dalam menempuh segala musibah adalah gambaran sebenar insan yang beriman kepada Allah SWT.
Setelah melalui segala ujian dan musibah dengan sabar , orang orang yang beriman pasti akan mengucapkan sebagaimana anjuran dari Allah SWt iaityu :-
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
” (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun“(Al Baqarah : 156)
Setelah mengembalikan musibah kepada Allah lah yang kita datang dan kepada Allah kita akan kembali berarti telah benarlah iman seseorang. Kesedaran yang sebegini mustahil lahir dari hati orang-orang yang tidak yakin kepada Allah SWT.
Bersyukur kepada pemberiaan Allah boleh dilakukan oleh makhluk dalam dua keadaan iaitu :-
1. Dengan yakin se yakinnya segala nikmat yang diperolehi itu datangnya dari Allah SWT. Walaupun sedikit apakan lagi banyak kita hendaklah menyedari semuanya dari Allah SWT.
2. Memanfaatkan segala nikmat itu kejalan yang Allah ridhai. Sikap ini melahirkan suatu bentuk gambaran ketaatan yang sempurna oleh seorang makhluk kerana dia sedar segala nikmat itu dario Allah jua. Jauh sekali untuk mempergunakan kejalan yang Allah Murkai, kerana orang yang bersyukur faham dan rasa bertanggung jawab dengan segala nikmat yang dia perolehi adalah suatu amanah dari Allah SWT.
Sebab itu lah sebanyak mana yang kita keluarkan zakat atau derma pasti tidak akan menyebabkan seseorang itu jatuh bengkrap atau muflis. Lihatlah betapa Syaidina Abu Bakar yang telah menafkahkan semua hartanya untuk Islam sehingga bila di tanya oleh Nabi ada apa lagi yang tinggal beliau menjawab yang tinggal hanya Allah dan Rasul.
Kerana itu hartawan yang bersyukur yakin bahawa bila dia memberi pasti akan bertambah rezekinya sebagaimana janji dari Allah SWT:-
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
” Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni`mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni`mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.(Ibrahim:037)
Bersabarlah…….Bersyukurlah……..
Dipetik dari tranungkiteonline.net

Kepada sesiapa yang masih ada ibu… December 24, 2007

Posted by rokokdaun in General.
add a comment

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusatmembeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya … dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu…


Mok


” JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA”.

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya…. ……

 

Tun Dr M – Doa Selamat Multi Faith December 18, 2007

Posted by rokokdaun in Agama.
add a comment

Ape korang rase??…beginilah kalau dah terlampau cerdik pandai..

More pictures @
http://minaq-jinggo.fotopages.com/?&page=12

Venue : Rumah Blogger, 66 Jalan Setiabistari, Bukit Damansara, Kuala Lumpur

Anjuran : Dato Paduka Marina Mahathir

Quote:
Dear friends,

You are cordially invited to a multifaith doa selamat

on Sunday Sept 9 2007

at 7pm

at Blog House, 66, Lorong Setiabistari 2, Bukit Damansara, KL

Programme:

7pm Arrival of guests

7.15pm Maghrib prayers led by Imam Feisal Abdul Rauf

7.30pm Prayers by each faith to be led by:

Archbishop Murphy Packiam, Christian Federation of Malaysia
Swami Samyam Ananda, Divine Life Society (Hindu prayers)
Mr BS Tan, Federation of Taoist Associations of Malaysia
Buddhist community (TBC)
Sikh community (TBC)
Baha’i community (TBC)

Imam Feisal will end with a doa.

8.00pm Dinner

(Times are approximate)

Please do join us if you can. The gathering is to do a thanksgiving to God Almighty for my father’s successful operation and continued recovery. It is also an opportunity for us to thank all well-wishers for the kind prayers and support that they have extended to me and my family.

Thank you.

Marina and family

SPR! December 17, 2007

Posted by rokokdaun in Politik.
add a comment

Tuan2,

Berapa agaknya umur minimum rakyat Malaysia untuk dia boleh daftar untuk mengundi?


Berapalah agaknya umur tuan punya IC di bawah:


991214740101 – lahir tahun 99 (Sibuk budak ni mengundi jugak)
981109610031 – lahir tahun 98 (Yang ni selalu pegi ceramah parti)
981231081137 – lahir tahun 98 (Yang ni tolong gantung bendera masa musim mengundi)
890520610089 – lahir tahun 89
961231742099 – lahir tahun 96

910815750017 – lahir tahun 91


Adake idak nama dia dalam daftar pengundi? Jeng jeng jeng jeng.. Mula kita check ke sahihannya, masuk dalam laman web spr di bawah check ic anda masing-masing, lepas tu try check budak yang umur 8 tahun kat atas, 991214, maknanya 14 December 1999 ada tak dia…


http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp

Sudahkah baby anda daftar mengundi?


Dato’ SD, kod negara apa itu 74, 61, dan 75?
Patutlah menang besar sepanjang zaman kan kan kan!!

JADIKANLAH KERUGIAN ITU SATU KEUNTUNGAN December 17, 2007

Posted by rokokdaun in Agama.
add a comment


Jangan berputus asa jika kakimu terantuk
dan anda terjatuh ke dalam lubang yang dalam.
Kelak anda akan keluar darinya dengan kekuatan
dan daya tahan yang lebih dari sebelumnya…

Jangan terkejut lalu bersedih kerana orang yang rapat dengan anda
tiba2 menghunjamkan anak panah ke tubuh anda….
Kerana nanti akan ada orang lain yang akan mencabut anak panah tersebut,
merawat lukamu dan mengembalikan kehidupan dan senyuman anda…

Carilah dimana tempat burung2 berkicau,
Kerana biasanya ia berada di ufuk timur bersama sinar mentari di setiap pagi..

Jangan terlalu memikirkan kertas2 usang yang telah berubah warnanya,
membingungkan huruf2nya dan kabur tulisannya.
Anda akan menyedari bahawa tulisan ini bukanlah tulisan yang terbaik
yang pernah anda tulis ..
Dan kertas itu bukan kertas terakhir yang anda tulis.

Jangan menjadi raja yang murung dan sedih.
Tetapi jadilah seperti burung yang mengagumkan,
tetap mendendangkan kicauannya yang terindah
meskipun kakinya terluka….

…INGATLAH ALLAH DIKALA SUKA…
..DAN ALLAH AKAN MENGINGATIMU DIKALA DUKA…

-Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni
“Motivasi menjadi Wanita Paling Bahagia”

BENARKAH HUKUM ISLAM KERAS DAN KEJAM? December 17, 2007

Posted by rokokdaun in Agama.
add a comment


Soalan; Bagaimana kita hendak memberi jawapan kepada orang yang berkata; “Hukuman Islam ke atas penzina, peminum arak, orang yang mencuri dan sebagainya terlalu keras, tidak sesuai dilaksanakan di dalam negara moden hari ini?

Jawapan;

Persoalan ini dijawab oleh Dr. Ahmad Syauqi al-Fanjari dalam bukunya Kaifa Nahkum Bil-Islam Fi Daulah ‘Asriyyah (Bagaimana kita hendak memerintah dengan Islam dalam negara moden?). Beliau menjelaskan;

“Hukuman-hukuman fizikal yang dibawa oleh Islam di anggap oleh dunia moden hari ini sebagai keras. Untuk menjawab tuduhan ini kita menyatakan; Ya, sememangnya ia keras jika dilaksanakan dalam masyarakat seperti Barat/Eropah hari ini. Namun ia tidak keras jika dilaksanakan di dalam masyarakat Islam. Kenapa? Kerana di dalam masyarakat Barat/Eropah, mereka memberi kebenaran kepada segala unsur yang merosakkan dan menyeleweng. Arak, pelacuran, penzinaan dan perkara-perkara yang mendorong seks dibenarkan dengan sokongan undang-undang sendiri. Apabila ada dari mereka yang mabuk dan hilang akal dan bertindak liar membunuh atau mencuri, tiba-tiba mereka ditangkap dan dipenjara. Tidakkah itu memperlihatkan pertentangan yang pelik.

Masuk akalkah, kamu menjual kepada orang ramai arak dan menggalakkan mereka meminumnya, kemudian kamu menghukum mereka apabila mereka mabuk disebabkan arak itu. Atau kamu membuka kepada orang ramai pintu-pintu kepada kerosakan dan perkara-perkara yang mendorong mereka kepada seks, kemudian kamu menghukum mereka apabila mereka keluar merogol/memperkosa anak-anak gadis di jalanan. Atau kamu mengemukakan kepada orang ramai filem-filem ganas yang memuja menonjolkan aksi mencuri, rompakan bank dan sebagainya, kemudian kamu menghukum mereka apabila mereka meniru aksi-aksi dalam filem tersebut.

Segala faktor penyelewengan di atas tidak akan ditemui dalam masyarakat Islam (yang sebenar) yang hidup dalam naungan sebuah negara Islam. Oleh itu, tidak ada alasan untuk sesiapapun melakukan penyelewengan selepas itu. Dan hukuman yang ditetapkan juga semestinya memberi ancaman dan bersifat tegas (kerana ia penting untuk menjaga masyarakat yang bersih itu dari diserapi penyelewengan dan kerosakan).

Selain itu –di sebalik hukuman yang keras itu- Islam amat teliti dan berhati-hati dalam melaksanakan hukuman-hukuman yang hendak dijalankan. Setiap hukuman mempunyai syarat-syarat yang jika tidak berjaya dipenuhi nescaya had/hudud tidak mungkin akan dijalankan. Syarat pertama ialah tidak ada sebarang keraguan dalam mensabitkan berlakunya jenayah. Sedikit sahaja keraguan yang wujud akan menolak hukuman had dari tertuduh. Jika ada seseorang menuduh orang lain tanda bukti dan saksi, dia berkemungkinan dikenakan hukuman had Qazaf sekalipun ia adalah pemerintah sendiri.

Hukuman potong tangan ke atas pencuri digugurkan jika barang yang dicuri nilainya kurang dari kadar minima yang ditetapkan Syarak atau pencuri mencuri kerana lapar atau ia mencuri kerana suatu keperluan atau ia adalah khadam bagi satu golongan dan mereka tidak memberi hak yang sewajarnya kepadanya.

Hukuman had ke atas penzina tidak akan dilaksanakan kecuali para saksi bersumpah bahawa mereka melihat perlakuan zina itu sebagaimana batang celak dilihat masuk ke dalam bekas celak. Ia suatu yang mustahil dari segi realitinya. Jika terbukti bahawa para saksi itu masuk ke dalam rumah secara sembunyi (yakni bukan melalui pintu) atau melakukan intipan, maka batallah kesaksian mereka.

Islam dalam sistem hukumannya sekali-kali tidak bertujuan membalas dendam. Islam lebih mementingkan taubat dari orang yang melakukan dosa dari menghukumnya. Oleh demikian, dalam hukum Islam seorang yang melakukan dosa jika ia menyedari kesalahannya dan bertaubat sebelum ditangkap oleh pemerintah, akan gugur darinya hukuman had. Ini berdasarkan firman Allah;

“Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (al-Maidah: 34)

Ayat ini menjadi dalil terhadap kerahmatan dalam perlaksanaan hukuman hudud dan roh Islam untuk memperbaiki, bukan untuk membalas dendam.

Begitu juga, dalam hukum Islam, seorang yang mengingkari tuduhan zina yang dikenakan ke atasnya, ia tidak boleh dikenakan hukuman had kecuali disabitkan dengan empat orang saksi. Jika seorang lelaki mengaku melakukan zina dengan seorang wanita, namun wanita itu tidak mengakuinya, maka hukuman had hanya dijalankan ke atas lelaki dan tidak dijalankan ke atas wanita kerana yang dijadikan perkiraan ialah pengakuan dengan rela hati, bukan dengan paksaan.

Dalam hukum Islam juga, hukuman dijalankan secara terang-terangan iaitu dihadiri oleh bilangan ramai dari kaum muslimin. Ini berdasarkan ayat Allah;

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman”. (an-Nur: 2)

Tujuannnya ialah untuk memberi pengajaran dan peringatan kepada orang ramai dan mencegah dari berulangnya kejadian dan peristiwa penyelewengan dalam masyarakat.

Kesimpulannya, hukuman atau hudud yang ditetapkan oleh Islam jika dilaksanakan di dalam suasana dan biah yang Islamik dan dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, tidak akan kelihatan padanya sebarang bentuk penzaliman atau penderaan, malah ia merupakan pembalasan yang adil yang tidak dapat dielakkan terhadap orang yang masih menyeleweng setelah Islam memberinya segala bentuk jaminan untuk menjalani kehidupan yang mulia dan lurus.

Cukup sebagai bukti (keberkesanan hukuman Islam itu) di mana sepanjang ia dilaksanakan pada zaman Rasulullah s.a.w., bagi hukuman potong tangan ke atas pencuri, hanya satu kes sahaja yang berlaku. Begitu juga, pada zaman Khulafa’ Rasyidin, hanya beberapa kes sahaja berlaku yang boleh dibilang dengan jari. Ini menunjukkan bahawa hukuman Islam jika dilaksanakan dalam suasana/biah yang Islamik, nescaya tidak akan banyak kes jenayah yang berlaku yang memerlukan kita untuk melaksanakan hukuman ke atasnya.

Sebagai bandingan, kita kemukakan di sini sejarah tatkala Soviet Union memutuskan satu ketetapan untuk mengenakan hukuman bunuh ke atas perasuah. Semasa Presiden Amerika Syarikat bertemu dengan Presiden Soviet Union, ia berkata kepadanya; “Hukuman yang keras tersebut menunjukkan bahawa nyawa manusia tiada nilai di sisi kamu”. Presiden Soviet menjawab; “Memang benar ia hukuman yang keras, namun sejak kami menguat-kuasakan hukuman tersebut tidak berlaku satupun kes rasuah dan kami tidak perlu untuk melaksanakannya”.

Rujukan;

1. Kaifa Nahkum Bil-Islam Fi Daulah ‘Asriyyah (Bagaimana kita hendak memerintah dengan Islam dalam negara moden?), hlm. 69-72.